Cinta...
Cinta kepada Tuhan;
Pencipta Alam semesta,
Yang menjadikan, menghidupkan dan mematikan,
Kerana Dia Maha Mengetahui,
Segala isi perut yang ada pada bumi.
Cinta...
Cinta kepada Ibu;
Insan yang terunggul,
Yang melahirkan, menyusukan dan membesarkan,
Tidak pula meminta sebarang balasan,
Meskipun dalam diam,
Dirinya cukup sengsara,
Sepi jeritannya,
Dan tidak megah akan pengorbanannya,
Kerana beliau mengerti,
Kebahagiaan keluarga,
Adalah segala-galanya yang diperjuangkan.
Cinta...
Cinta kepada Ayah;
Kepala rumahtangga,
Yang membanting tulang,
Siang mahupun malam,
Berkeringat tanpa henti,
Meskipun di hari tuanya,
Kerana beliau mengerti,
Keperluan keluarga,
Adalah tanggungjawab yang dipertaruhkan.
Cinta...
Cinta kepada Sahabat;
Insan yang terdekat,
Yang memahami, menemani dan menggembirakan,
Dan yang mencintai,
Meskipun tahu akan kelemahan diri ini,
Kerana dia mengerti,
Setiap manusia mewarisi cacat-cela kehidupan.
Cinta...
Cinta kepada Kekasih;
Insan yang istimewa,
Yang mengenali diri ini bukan atas ukuran,
Yang menyayangi diri ini bukan atas luaran,
Yang memanjakan diri ini bukan atas nafsu habuan,
Tetapi kerana Cinta,
Kerana dia mengerti,
Cinta yang lahir dari hati yang luhur,
Adalah Cinta sejati.
(Psst...If you find yourself in love with someone who doesn't love you, there's nothing wrong with you. It's just that love didn't choose to rest in that someone's heart. Love only chose you. And you noe, it's easy to make people fall for you, even easier to fall for someone else. The hardest thing to do is to forgive the person who has lifted you high up in the clouds and made you fall hard on the ground...)

4 comments:
omigod. Berpantun gerl? lawl :) Cool blog, easy to read :D Mas
hehe...not pantun lah mas, sajak. thanks 4 viewing gurl! :D
"Cinta yang lahir dari hati yang luhur,Adalah Cinta sejati." - I AGREE!! hahaha.. beautifully written poem babe :)
thnks for the comment eja! love this babe of mine...
Post a Comment