it's 3 am in the morning and here i am blogging my life away. well, it's 7 of jan and i noe what that means. just one more day and my age will increase by 1 year. how time flies huh.
pelbagai pengalaman pahit manis yang telah aku lalui sepanjang 18 tahun hidup di bumi ini. memang tidak dinafikan, pengalaman-pengalaman itu banyak membantu aku untuk mengerti erti kehidupan yang sebenar. aku redha dengan ketentuan Illahi. aku tahu Dia akan sentiasa menguji makhluk-makhlukNya. kadangkala, manusia berada di atas dan ada pula berada di bawah. kehidupan ini ibarat roda yang sering berputar. bohonglah kalau ada diantara kita yang mengatakan kita tidak pernah dilanda kesusahan. pasti setiap daripada kita pernah merasai kegagalan/keperitan dalam hidup. tetapi, ada juga segolongan tu seolah-olah tidak mengambil iktibar daripada kegagalan yang dihadapi. mereka tidak berusaha untuk memperbaiki diri mahupun keadaan. inilah yang dipanggil manusia berkepala batu; mereka yang bersikap degil. atau mungkin, ego mereka terlalu tinggi? sememangnya amat payah untuk meruntuhkan tiang ego ni.

walaubagaimana pun, tiada istilah 'manusia sempurna'. dalam bahasa inggeris, 'nobody is perfect'. ye, aku akur dengan kenyataan ini. tetapi, manusia diberikan akal untuk berfikir. apa yang membezakan manusia dengan haiwan ialah akal fikiran kita. dengan menggunakan akal, kita dapat membezakan yang baik dengan yang buruk. oleh itu, manusia tidak ada alasan untuk tidak memperbaiki diri atau keadaan kerana hakikatnya kita telah dikurniakan akal. susah sangat ke untuk berfikir? atau mungkin, mereka takut untuk menerima kenyataan? kenyataan yang akan mereka hadapi sekiranya mereka/keadaan berubah. mungkin kenyataan itu perit untuk ditelan. tetapi, 'the truth hurts'. yang penting, kita sebagai manusia menggunakan akal fikiran kita dengan sebaik mungkin untuk cuba merubah diri mahupun keadaan.
pengalaman hidup telah banyak mendewasakan aku sebagai seorang manusia. kadang-kadang aku terfikir, adakah aku sebagai makhlukNya, sebagai anak, sebagai kakak, sebagai teman, sebagai pelajar, sebagai manusia telah berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk diriku juga terhadap mereka yang aku sayang?
aku teringat akan kata-kata seseorang bahawa 'God doesn't want you to be the best; He wants you to do your best.' bila ku renung, ada kebenaran dalam ayat tersebut. sesungguhnya, kita sebagai insan yang kerdil lagi lemah di sisi Allah s.w.t. hanya mampu untuk melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing. yang penting, kita berusaha.....

2 comments:
fad dear, update! hehee.
you're missed u know.
i miss you too!!!
Post a Comment